Home - mssmgkk
| Sitemap     
Peraturan Pertandingan

PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSM GABUNGAN KOTA KINABALU 2008

 

1.         PENGELOLAAN

Pertandingan ini dikelolakan oleh SMK Bandaraya dengan kerjasama MSSM Gabungan Kota Kinabalu.

 

2.         UNDANG-UNDANG

2.1        Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan dijalankan mengikut Undang-undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FAM dan FIFA.

2.2        Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:

2.2.1     Keputusan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

2.2.2     Sebarang persoalan teknikal diputuskan berasaskan Undang-undang Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

2.3        Sebarang keputusan yang telah di buat oleh jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad.

 

3.         PENYERTAAN

3.1        Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan  Sekolah-Sekolah Menegah Daerah Kota Kinabalu/Penampang/Tuaran.

3.2        Setiap  Sekolah-Sekolah  yang menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja bagi setiap kategori.

3.3        Setiausaha Jawatankuasa Pengelola akan menguruskan pengesahan penyertaan dan akan menetapkan tarikh tutup tertakluk kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari masa kesemasa.

 

4.         KELAYAKAN PEMAIN

            4.1       Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu kategori pasukan sahaja.

4.2        Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa   Pertandingan seperti berikut:

4.2.1     Pemain Bawah 15 perlu mengemukakan Kad Pengenalan Asal dan 2 salinan yang disahkan oleh pengetua/Pen.Kanan sekolah berkenaan dan borang  M 01 Pendaftaran Khas.

            4.3        Kelayakan pemain mengikut kategori seperti ketetapan berikut:

                        4.3.1     Pemain Bawah 15 Tahun yang lahir pada dan selepas 1993.

4.4        Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.

 

5.         PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI

            5.1        Setiap pemain hendaklah mendaftar dengan menggunakan Borang M 01.

            5.2        Pendaftaran pasukan

5.2.1     Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 18 orang pemain dan 5 orang pegawai dengan menggunakan Borang M 02 dikemukakan semasa mesyuarat pengurus pasukan.

5.2.2     Senarai pemain menggunakan Borang C – 08 yang lengkap hendaklah diserahkan 4 salinan kepada Venue Coordinator pertandingan 15 minit sebelum perlawanan.

5.3        Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Pengetua atau wakilnya.

6.         SISTEM PERTANDINGAN

            6.1        Sistem pertandingan dijalankan mengikut Peraturan  Am MSSM peraturan 11.1.

            6.2        Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut:

                        6.2.1     Pemberian mata – Menang 3 mata, Seri 1 mata dan Kalah 0 mata

                        6.2.2     Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan                 tempoh menunggu 10 minit dari masa bermain sebenar maka pasukan yang hadir                  akan diberikan kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata dan 2                                 jaringan.

                        6.2.3     Jika terdapat  dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama,

                                    maka akan diambil kira ketetapan seperti berikut:

                                    a.         Perbezaan jaringan, atau

                                    b.         Jumlah jaringan yang paling banyak, atau

                                    c.         Pemenang perlawanan terdahulu atau

                                    d.         Ditentukan oleh Pengurus Pertandingan

6.3        Sekiranya dalam perlawanan secara kalah mati, terdapat keputusan seri setelah tempoh masa bermain, maka akan ditentukan menerusi tendangan dari tanda penalti atau mengikut budi bicara Pengurus Pertandingan.

 

7.         JANGKAMASA PERLAWANAN

            7.1        Masa permainan mengikut kategori seperti ketetapan berikut:

7.1.1     Pemain Bawah 15 Tahun : Masa permainan bagi pusingan awal dan peringkat suku akhir ialah 25 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit.

7.1.2     Masa permainan untuk separuh akhir, tempat ke-3/4 dan akhir ialah 30 minit.

 

8.         PENGGANTIAN PEMAIN

5 penggantian dibenarkan dan tambahan 1 orang untuk penjaga gol  yang didaftarkan dalam satu pertandingan. (kesemua ialah 6 orang dalam 1 pertandingan)

 

9.         MINIMA PEMAIN

Setiap pasukan mestilah mempunyai minima pemain 9 orang sebelum memulakan satu perlawanan.

 

10.       PAKAIAN PEMAIN

10.1      Setiap pemain hendaklah memakai alas kaki, stokin dan alas betis mengikut spefikasi yang dibenarkan.

10.2      Setiap pemain hendaklah memakai jersi dengan nombor yang sama seperti dalam pendaftaran. Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras tidak boleh dipamerkan.

10.3      Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi dan mewartakan warna jersi sebagai tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukar jersi tersebut.

10.4      Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan di lengan dan sekiranya pemain tersebut keluar, maka hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugas tersebut.

 

11.       JADUAL PERLAWANAN

11.1      Jawatankuasa Teknikal Bola sepak akan menyediakan jadual pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan pengelola.

11.2      Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan dimainkan semula pada satu masa yang ditetapkan oleh Pengurus Pertandingan.

 

12.       PEGAWAI PERLAWANAN

Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai-pegawai pertandingan bagi menguruskan perkara-perkara teknikal setiap perlawanan. Setiap pegawai perlawanan hendaklah menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada urusetia setelah tamat kejohanan.

 

13.       TINDAKAN TATATERTIB

13.1      Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan membincangkan perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukan yang terlibat. Pengadildan pasukan berkenaan tidak akan mengambil bahagian dalam perbincangan atau undian yang sedang dibincangkan.

13.2      Hukuman secara otomatis, maka jawatankuasa tatatertib tidak akan bersidang untuk kesalahan seperti ketetapan berikut :

13.2.1   Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran  dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung daripada bermain bagi 1 perlawanan selepas perlawanan yangnya terima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas penggantungan, akan selagi lagi digantung daripada bermain untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima amaran keenam beliau hendaklah tampil ke Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan yang sewajarnya.

13.2.2   Seorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima dua kali amaran bertulis di dalam perlawanan yang sama akan digantung daripada bermain (1) satu perlawanan berikutnya

13.2.3   Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat atau menunjukkan isyarat lucah walaupun pemain tersebut telah menerima amaran bertulis sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain (2) dua perlawanan berikutnya.

13.2.4   Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana berkelakuan biadap atau bermain terlampau merbahaya walaupun pemain tersebut telah menerima amaran bertulis sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain (3) tiga perlawanan berikutnya.

 

13.3      Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seorang pemain dari terus mengambil bahagian dalam Kejohanan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu, maka perkara ini perlulah dipanjangkan kepada Jawatankuasa MSSM Gabungan Kota Kinabalu untuk tindakan seterusnya.

13.4      Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah  muktamad dan tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.

 

14.       BANTAHAN

14.1      Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklah diterima dalam tempoh masa (1) satu jam selepas berakhirnya perlawanan tersebut berserta bayaran RM 200.00 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus Ringgit Sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut tidak berjaya.

14.2      Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan perkara-perkara dan fakta dibuat oleh pengadil di padang permainan.

 

15.       ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

15.1      Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulin.

15.2      Tertakluk pengesahan MSSM Gabungan Kota Kinabalu, Jawatankuasa Pengelola bolah mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif pertandingan keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang sesuai.

15.3      Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau samaada sengaja atau tidak sengaja adalah bertentangan dalam etika permainan. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar padang permainan adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dan tidak sepatutnya damalkan.

 

JADUAL ‘COUNT DOWN TO KICK OFF’

 

Setiap pasukan mestilah mematuhi sepenuhnya jadual tersebut seperti di lampiran dan seterusnya penilaian mata Fair Play pasukan

 

HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

 

Peraturan Am MSSM 23 dirujuk



Cetak Halaman Ini    E-mel Kepada Rakan    Hubungi kami    [Kaunter Halaman: 227]